Malaysia
|
Gelaran | Harimau Malaya |
Persatuan | Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) |
Sub-konfederasi | AFF (Asia Tenggara) |
Konfederasi | AFC (Asia) |
Ketua jurulatih | K. Rajagopal |
Penolong jurulatih | Tan Cheng Hoe
Faozi Mukhlas
Rustov Bozik |
Kapten | Mohd Safiq Rahim |
Kaps terbanyak | Soh Chin Aun (252) |
Penjaring terbanyak | Mokhtar Dahari (125) |
Stadium tuan rumah | Stadium Nasional, Bukit Jalil |
Kod FIFA | MAS |
Kedudukan FIFA | 143 |
Kedudukan tertinggi FIFA | 75 |
Kedudukan terendah FIFA | 150 (April 2008) |
Kedudukan Elo | 147 |
Kedudukan tertinggi Elo | 49 (14 Disember 1978) |
Kedudukan terendah Elo | 169 (Oktober 2007) |
|
|
Antarabangsa pertama |
Malaya 2–3 Korea Selatan
(Singapura; April 13, 1953)[2] |
Kemenangan terbesar |
Malaya 15–1 Filipina
(Jakarta, Indonesia; Ogos 27, 1962) |
Kekalahan terbesar |
Malaysia 2–8 New Zealand
(Kuala Lumpur, Malaysia; November 16, 1967)
Maghribi 6–0 Malaysia
(Ingolstadt, Jerman; Ogos 31, 1972)
Malaysia 1–7 China
(Bangkok, Thailand; Disember 20, 1978) |
Piala Asia |
Kemunculan | 3 (First in 1976) |
Keputusan terbaik | Pusingan 1; 1976, 1980, 2007 |
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar
Harimau Malaya adalah pasukan
bola sepak yang mewakili
Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara
Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.
[1]
Sejarah
Zaman kegemilangan
Pra Malaysia
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai
pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di
Jakarta,
Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti
Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"),
Arthur Koh,
G. Govindaraju,
Robert Choe,
Edwin Dutton dan
Stanley Gabriel.
[2]
Pasca Malaysia
Selepas pembentukan Malaysia pada
16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama seperti
Namat Abdullah dan
Shaharuddin Abdullah,
Wong Fook Chuan,
N. Thanabalan,
Zulkifli Norbit dan captain
Abdullah Nordin.
[2] Malaysia berjaya melayakkan diri ke
Sukan Olimpik 1972 di
Munich dengan menawan
Jepun,
Korea Selatan,
Taiwan dan
Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di
Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke
Piala Asia pada
1976 dan
1980.
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat
Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan
Santokh Singh dan
Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan
R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke
Sukan Olimpik 1980 di
Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan
Soviet Union ke atas
Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia,
Serbegeth Singh (atau
Shebby Singh seperti dikenali sekarang),
Zainal Abidin Hassan,
Dollah Salleh dan
Lim Teong Kim yang telah bermain untuk
Hertha Berlin di
Jerman pada tahun 1988.
[3]
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti
Matlan Marjan dan
Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti
Azman Adnan dan
Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.
Zaman Kejatuhan
Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat
Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan
Eintracht Frankfurt),
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk
RC Strasbourg)dan
Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan
underdog pada temasya
Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di
Vientiane,
Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.
Era Allan Harris
Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.
[sunting] Era Bertalan Bicskei
Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004,
FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu
Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti
Bob Houghton dan
Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.
Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan
Mohd Amri Yahyah dan
Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.
Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan
FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.
[4]
[sunting] Era Norizan Bakar
Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada
Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh
FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada
Piala Asia 2007 dimana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.
[sunting] Era B. Sathianathan
Selepas pemecatan Norizan Bakar,
B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008,
B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir
Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.
Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walaubagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol
Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan
Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.
Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia,
B. Sathianathan. Lantas
B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik
Liga Malaysia dengan mengatakan
Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan
Soh Chin Aun ditamatkan FAM.
[5]
Era K. Rajagopal
Semenjak
K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan
Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.
[6]
Pada
Sukan Asia Tenggara 2009 di
Vientiane,
Laos, skuad kebangsaan B-23 tidak diberikan sasaran untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, apa lagi menamatkan kemarau pingat emas Malaysia dalam acara bola sepak. Bermula dengan kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad Malaysia kemudiannya tumpas kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3. Kekalahan ini turut dicemari dengan insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain Malaysia Zaquan Adha A Razak dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Korea Selatan. Kekalahan ini telah menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir kerana terpaksa mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A. Perlawanan ketiga kumpulan A menentang Kemboja walaupun keyakinan pasukan Malaysia sedikit goyah akibat insiden perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap berpihak kepada Malaysia 4-0. Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia telah membuat kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu dengan keputusan 2-1, jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir perlawanan. Melangkah ke separuh akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti Malaysia. Terikat dengan keputusan 1-1 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat dua pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol, lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusan 3-1. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam 1-0 dengan jaringan sendiri pemain Vietnam.
Pada
kejohanan bola sepak Sukan Asia 2010 di Ghuangzhou pula, Malaysia diundi di dalam Kumpulan A bersama Krgyzstan, Jepun dan tuan rumah, China. Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia berjaya membenam Krgyzstan 2-1 yang beraksi di Stadium Huadu. Pada 10 November pula Malaysia kalah kepada Jepun 0-2 di stadium yang sama. Semasa perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Malaysia kalah kepada tuan rumah 3-0 di mana perlawanan tersebut dicemari dengan 3 layangan kad merah yang kontroversi kepada 3 pemain negara oleh pengadil Australia, tetapi tetap berjaya melangkah ke pusingan kedua. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada pasukan Harimau Malaya selepas 32 tahun gagal melayakkan diri ke pusingan kedua dalam Sukan Asia. Namun, semasa perlawanan di antara Iran dan Malaysia, Malaysia kalah bermaruah dengan jaringan gol 3-1. Walau bagaimanapun, FAM tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai Sukan Asia 2010, tetapi menganggap kejohanan itu sebagai tempat untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia sebelum beraksi dalam Piala Suzuki AFF Disember itu.
Pada
Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember.
[1] Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2.Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Sesungguhnya kejayaan tersebut sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia, dan Harimau Malaya dengan sendirinya layak dinobatkan sebagai 'raja bolasepak' rantau Asia Tenggara.
[7]
Keputusan terbaik Malaysia dalam perlawanan persahabatan
Malaysia 1-1 England
(Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia.
Penjaring: Mokhtar Dahari)
Malaysia 2-0
Arsenal (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia.
Penjaring: Mokhtar Dahari)
Malaysia 2-4 England
(Tahun 1993, Kuala Lumpur, Malaysia.
Penjaring:
Matlan Marjan)
Malaysia 2-3
Manchester United (Tahun 2009, Kuala Lumpur, Malaysia.
Penjaring:
Amri Yahyah)
Malaysia 1-0 Korea Selatan
(Tahun 2010, Kuala Lumpur, Malaysia.
Penjaring:
Safiq Rahim)
Pencapaian
Rekod Piala Dunia
Rekod Sukan Olimpik
- Kejohanan bawah 23 tahun sejak 1992
|
Rekod Sukan Olimpik |
Tahun | Pusingan | Jaringan | Keputusan |
1972 | Pusingan Pertama | Malaysia 0 – 3 Jerman Barat | Tewas |
Pusingan Pertama | Malaysia 3 – 0 Amerika Syarikat | Menang |
Pusingan Pertama | Malaysia 0 – 6 Maghribi | Tewas |
|
Rekod Piala Asia- *Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.
Rekod Sukan AsiaJumlah||11/15||2 Tempat ketiga||46||11||4||32||67||94
Rekod Sukan Asia |
Tahun | Pusingan | Kedudukan | P | M | S | K | J | B |
1951 | Tidak menyertai | - | - | - | - | - | - | - |
1954 | Tidak menyertai | - | - | - | - | - | - | - |
1958 | Pusingan Pertama | 12/14 | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 8 |
1962 | Tempat Ketiga | 3/8 | 5 | 3 | 0 | 2 | 23 | 9 |
1966 | Pusingan Pertama | 15/17 | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 5 |
1970 | Pusingan Pertama | 16/16 | 3 | 0 | 0 | 3 | 0 | 4 |
1974 | Tempat Ketiga | 3/15 | 7 | 3 | 2 | 2 | 20 | 13 |
1978 | Pusingan Kedua | 7/14 | 5 | 2 | 0 | 3 | 4 | 10 |
1982 | Pusingan Pertama | 14/16 | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 4 |
1986 | Pusingan Pertama | 15/18 | 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 5 |
1990 | Tidak menyertai | - | - | - | - | - | - | - |
1994 | Pusingan Pertama | 11/18 | 4 | 1 | 1 | 2 | 6 | 11 |
1998 | Tidak menyertai | - | - | - | - | - | - | - |
2002 | Pusingan Pertama | 11/16 | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 6 |
2006 | Pusingan Pertama | 23/24 | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 10 |
2010 | Pusingan Kedua | - | 4 | 1 | 0 | 3 | 3 | 9 |
- Kejohanan bawah 23 tahun sejak 2002
- Jika maklumat yang dinyatakan salah, sila betulkan. Harap maklum.
[sunting] Rekod Piala Tiger/Piala AFF/Piala AFF Suzuki
- *Menunjukkan keputusan seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti.
- **Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.
- 1 Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam.
|
Perlawanan-perlawanan antarabangsa FIFA 'A'Di bawah merupakan semua perlawanan FIFA 'A' bagi Malaysia yang bermain menentang pasukan yang diiktiraf oleh FIFA.
- *Seri termasuk perlawanan kalah mati yang diputuskan melalui tendangan penalti.
Jadual dan keputusan perlawanan terkini* Jaringan Malaysia biasanya disenaraikan dahulu
Tarikh | Lawan | Jaringan* | Tempat | Pertandingan | Penjaring Malaysia |
Januari 6,2010 | Emiriah Arab Bersatu | 0-1 (K) | Stadium Sharjah, UAE | Kelayakan Piala Asia 2011 | |
Februari 27 | Yaman | 1-0 (M) | Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia | Perlawanan persahabatan | Baddrol 55' |
Ogos 31 | Al-Jaish | 1-2 (K) | Stadium Al-Wakrah, Qatar | Perlawanan persahabatan1 | Fakri 46' |
September 3 | Oman | 0-3 (K) | Stadium Al-Wakrah, Qatar | Perlawanan persahabatan | |
Disember 1 | Indonesia | 1-5 (K) | Stadium Bung Karno, Indonesia | Piala Suzuki AFF 2010 | Norsharul 18' |
Disember 4 | Thailand | 0-0 (S) | Stadium Bung Karno, Indonesia | Piala Suzuki AFF 2010 | |
Disember 7 | Laos | 5-1 (M) | Stadium Gelora Sriwijaya Stadium, Indonesia | Piala Suzuki AFF 2010 | Amri 4', 41' Hadi 74' Norshahrul 77' Mahali 90+1' |
Disember 15 | Vietnam | 2-0 (M) | Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia | Piala Suzuki AFF 2010 | Safee 61', 80' |
Disember 18 | Vietnam | 0-0 (S) | Stadium Nasional My Dinh, Vietnam | Piala Suzuki AFF 2010 | |
Disember 26 | Indonesia | 3-0 (M) | Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia | Piala Suzuki AFF 2010 | Safee 61', 73' Ashaari 68' |
Disember 29 | Indonesia | 1-2 (K) | Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia | Piala Suzuki AFF 2010 | Safee 54' |
Februari 9, 2011 | Hong Kong[14] | 2-0 (M) | Stadium Shah Alam, Malaysia | Perlawanan persahabatan | Safiq 44' Amirul Hadi 90+1' |
Mac 26 | Etoile FC[15] | 1-1 (S) | Stadium Jalan Besar, Singapura | Perlawanan persahabatan1 | Ahmad Fakri Saarani 7' |
Jun 3 | Hong Kong | 1-1 (S) | Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong | Perlawanan persahabatan | Abdul Hadi Yahya 66' |
Jun 18 | Myanmar | 2-0 (M) | Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu (H) | Perlawanan persahabatan | Hadi 28' Baddrol 53' |
Jun 29 | Taipei Cina | 2-1 (M) | Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 | Safiq 28' Aidil 55' |
Julai 3 | Taipei Cina | 2-3 (K) | Stadium Perbandaran Taipei, Taipei | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 | Aidil 8' Safiq 40' |
Julai 13 | Arsenal[16] | 0-4 (K) | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (H) | Perlawanan persahabatan1 XI | |
Julai 16 | Liverpool[17] | 3-6 (K) | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (H) | Perlawanan persahabatan1 XI | Safiq 43' Safee 80' Safee 82' |
Julai 23 | Singapura | 3-5 (K) | Stadium Jalan Besar, Jalan Besar (A) | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 | Safee 1,70' Abdul Hadi 68' |
Julai 28 | Singapura | 1-1 (S) | Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (H) | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 | Safee 57' |
Perincian perlawanan
- 1 Perlawanan antarabangsa yang tidak diiktiraf oleh FIFA
- XI Malaysia menggunakan pemilihan para pemain dari Liga Super Malaysia, menggunakan nama Malaysia XI
Skuad Skuad terkini23 pemain berikut telah dipanggil untuk Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 (AFC) menentang Taipei Cina
Kaps dan gol sehingga Jun 18, 2011. Ini termasuklah perlawanan menentang Myanmar
Panggilan kebangsaan terkiniPemain-pemain berikut telah dipanggil ke dalam skuad Malaysia.
Skuad lalu
- Kejohanan Bola Sepak ASEAN
|
- Piala Asia AFC
|
- Sukan Asia Tenggara
- Sukan Olimpik
|
<><>
> Bekas pemain
1950-1960-an 1970-1980-an | 1980-1990-an | 1990-2000 | 2000-an |
safee sali
Jurulatih pasukan Malaysia* Hanya melibatkan perlawanan bertaraf FIFA 'A'
*******************TAMAT
Terima Kasih Kerana Melihat Info Ini*******************************^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ |
<><>
>