Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 23 November 2011

PASUKAN BOLASEPAK KEBANGSAAN MALAYSIA

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

Malaysia
Shirt badge/Association crest
GelaranHarimau Malaya
PersatuanPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Sub-konfederasiAFF (Asia Tenggara)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihK. Rajagopal
Penolong jurulatihTan Cheng Hoe
Faozi Mukhlas
Rustov Bozik
KaptenMohd Safiq Rahim
Kaps terbanyakSoh Chin Aun (252)
Penjaring terbanyakMokhtar Dahari (125)
Stadium tuan rumahStadium Nasional, Bukit Jalil
Kod FIFAMAS
Kedudukan FIFA143
Kedudukan tertinggi FIFA75
Kedudukan terendah FIFA150 (April 2008)
Kedudukan Elo147
Kedudukan tertinggi Elo49 (14 Disember 1978)
Kedudukan terendah Elo169 (Oktober 2007)
Warna pasukanWarna pasukanWarna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Warna tuan rumah
Warna pasukanWarna pasukanWarna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna pelawat
Antarabangsa pertama
Bendera Malaysia Malaya 2–3 Korea Selatan Bendera Korea Selatan
(Singapura; April 13, 1953)[2]
Kemenangan terbesar
Bendera Malaysia Malaya 15–1 Filipina Bendera Filipina
(Jakarta, Indonesia; Ogos 27, 1962)
Kekalahan terbesar
Bendera Malaysia Malaysia 2–8 New Zealand Bendera New Zealand
(Kuala Lumpur, Malaysia; November 16, 1967)
Maghribi 6–0 Malaysia Bendera Malaysia
(Ingolstadt, Jerman; Ogos 31, 1972)
Bendera Malaysia Malaysia 1–7 China Flag of the People's Republic of China
(Bangkok, Thailand; Disember 20, 1978)
Piala Asia
Kemunculan3 (First in 1976)
Keputusan terbaikPusingan 1; 1976, 1980, 2007
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar Harimau Malaya adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.[1]

Isi kandungan

[sorokkan]

 Sejarah

 Zaman kegemilangan

 Pra Malaysia

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.[2]

 Pasca Malaysia

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin.[2] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.[3]
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.

 Zaman Kejatuhan

Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg)dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.

 Era Allan Harris

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.

[sunting] Era Bertalan Bicskei

Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.
Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.
Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.[4]

[sunting] Era Norizan Bakar

Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.

[sunting] Era B. Sathianathan

Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.
Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walaubagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.
Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.[5]

Era K. Rajagopal

Semenjak K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.[6]
Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, skuad kebangsaan B-23 tidak diberikan sasaran untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, apa lagi menamatkan kemarau pingat emas Malaysia dalam acara bola sepak. Bermula dengan kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad Malaysia kemudiannya tumpas kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3. Kekalahan ini turut dicemari dengan insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain Malaysia Zaquan Adha A Razak dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Korea Selatan. Kekalahan ini telah menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir kerana terpaksa mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A. Perlawanan ketiga kumpulan A menentang Kemboja walaupun keyakinan pasukan Malaysia sedikit goyah akibat insiden perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap berpihak kepada Malaysia 4-0. Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia telah membuat kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu dengan keputusan 2-1, jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir perlawanan. Melangkah ke separuh akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti Malaysia. Terikat dengan keputusan 1-1 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat dua pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol, lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusan 3-1. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam 1-0 dengan jaringan sendiri pemain Vietnam.
Pada kejohanan bola sepak Sukan Asia 2010 di Ghuangzhou pula, Malaysia diundi di dalam Kumpulan A bersama Krgyzstan, Jepun dan tuan rumah, China. Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia berjaya membenam Krgyzstan 2-1 yang beraksi di Stadium Huadu. Pada 10 November pula Malaysia kalah kepada Jepun 0-2 di stadium yang sama. Semasa perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Malaysia kalah kepada tuan rumah 3-0 di mana perlawanan tersebut dicemari dengan 3 layangan kad merah yang kontroversi kepada 3 pemain negara oleh pengadil Australia, tetapi tetap berjaya melangkah ke pusingan kedua. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada pasukan Harimau Malaya selepas 32 tahun gagal melayakkan diri ke pusingan kedua dalam Sukan Asia. Namun, semasa perlawanan di antara Iran dan Malaysia, Malaysia kalah bermaruah dengan jaringan gol 3-1. Walau bagaimanapun, FAM tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai Sukan Asia 2010, tetapi menganggap kejohanan itu sebagai tempat untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia sebelum beraksi dalam Piala Suzuki AFF Disember itu.
Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember.[1] Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2.Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Sesungguhnya kejayaan tersebut sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia, dan Harimau Malaya dengan sendirinya layak dinobatkan sebagai 'raja bolasepak' rantau Asia Tenggara.[7]

 Keputusan terbaik Malaysia dalam perlawanan persahabatan

Bendera Malaysia Malaysia 1-1 England Bendera England (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari)
Bendera Malaysia Malaysia 2-0 Arsenal Bendera England (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari)
Bendera Malaysia Malaysia 2-4 England Bendera England (Tahun 1993, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Matlan Marjan)
Bendera Malaysia Malaysia 2-3 Manchester United Bendera England (Tahun 2009, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Amri Yahyah)
Bendera Malaysia Malaysia 1-0 Korea Selatan Bendera Korea Selatan (Tahun 2010, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Safiq Rahim)

 Pencapaian

Rekod Piala Dunia


<><>
Rekod Piala Dunia FIFA
TahunPusinganKedudukanPMSKJB
Bendera Uruguay 1930 - Bendera Mexico 1970Tidak menyertai-------
Bendera Jerman 1974 - Bendera Afrika Selatan 2010Tidak layak-------
Jumlah--------

 Rekod Sukan Olimpik

Rekod Sukan Olimpik
TahunPusinganKedudukanPMSKJB
Bendera Perancis 1900 - Bendera Itali 1960Tidak layak-------
Bendera Jepun 1964Tidak layak-------
Bendera Mexico 1968Tidak layak-------
Bendera Jerman 1972Pusingan Pertama10/16310239
Bendera Kanada 1976Tidak layak-------
Flag of the Soviet Union 1980Layak tetapi memboikot-------
Bendera Amerika Syarikat 1984 - Flag of the People's Republic of China 2008Tidak layak-------
Jumlah2/24-310239
Kejohanan bawah 23 tahun sejak 1992
Rekod Sukan Olimpik
TahunPusinganJaringanKeputusan
1972Pusingan Pertama Malaysia 0 – 3 Bendera Jerman Jerman BaratTewas
Pusingan Pertama Malaysia 3 – 0 Amerika SyarikatMenang
Pusingan Pertama Malaysia 0 – 6 MaghribiTewas

 Rekod Piala Asia

Rekod AFC Piala Asia
TahunPusinganKedudukanPMSKJB
Bendera Hong Kong-Bendera Thailand 1956 hingga 1972Tidak layak-------
Bendera Iran 1976Pusingan Pertama5/6201113
Bendera Kuwait 1980Pusingan Pertama6/10412155
Bendera Singapura-Flag of the People's Republic of China 1984 hingga 2004Tidak layak-------
Bendera IndonesiaBendera MalaysiaBendera ThailandBendera Vietnam 2007Pusingan Pertama16/163003112
Jumlah3/14-9135720
*Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.

 Rekod Sukan Asia

Jumlah||11/15||2 Tempat ketiga||46||11||4||32||67||94
Rekod Sukan Asia
TahunPusinganKedudukanPMSKJB
Bendera India 1951Tidak menyertai-------
Bendera Filipina 1954Tidak menyertai-------
Bendera Jepun 1958Pusingan Pertama12/14300328
Bendera Indonesia 1962Tempat Ketiga3/85302239
Bendera Thailand 1966Pusingan Pertama15/17300315
Bendera Thailand 1970Pusingan Pertama16/16300304
Bendera Iran 1974Tempat Ketiga3/1573222013
Bendera Thailand 1978Pusingan Kedua7/145203410
Bendera India 1982Pusingan Pertama14/16300314
Bendera Korea Selatan 1986Pusingan Pertama15/18301225
Flag of the People's Republic of China 1990Tidak menyertai-------
Bendera Jepun 1994Pusingan Pertama11/184112611
Bendera Thailand 1998Tidak menyertai-------
Bendera Korea Selatan 2002Pusingan Pertama11/16310236
Bendera Qatar 2006Pusingan Pertama23/243003210
Flag of the People's Republic of China 2010Pusingan Kedua-410339
Kejohanan bawah 23 tahun sejak 2002
  • Jika maklumat yang dinyatakan salah, sila betulkan. Harap maklum.

[sunting] Rekod Piala Tiger/Piala AFF/Piala AFF Suzuki

Rekod Piala Tiger/Piala AFF/Piala AFF Suzuki
TahunPusinganKedudukanPMSKJB
Bendera Singapura 1996Naib Juara2/106321184
Bendera Vietnam 1998Peringkat Kumpulan6/8301203
Bendera Thailand 2000Tempat Ketiga3/96411124
Bendera IndonesiaBendera Singapura 2002Tempat Keempat4/9521295
Bendera VietnamBendera Malaysia 2004Tempat Ketiga3/107502149
Bendera SingapuraBendera Thailand 2007Separuh Akhir3/81513163
Bendera IndonesiaBendera Thailand 2008Peringkat Kumpulan5/8310256
Bendera IndonesiaBendera Vietnam 2010Juara1/8522186
Bendera MalaysiaBendera Thailand 2012Akan dimainkan
Jumlah8/81 Juara, 1 Naib Juara411810137442
*Menunjukkan keputusan seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti.
**Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.
1 Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam.

 Perlawanan-perlawanan antarabangsa FIFA 'A'

Di bawah merupakan semua perlawanan FIFA 'A' bagi Malaysia yang bermain menentang pasukan yang diiktiraf oleh FIFA.
LawanPermainan dimainMenangSeri*KalahJaringan GolGol kenaPerbezaan gol
Australia6105114−13
Bahrain92341316−3
Bosnia dan Herzegovina201123−1
Brazil100104−4
Kanada100105−5
China12129632−26
Taipei Cina114341814+4
England100124−2
Finland100112−1
Ghana110010+1
Hong Kong2110473529+6
Indonesia6626162895106−11
Iran400408−8
Iraq603339−6
Israel2002311−8
Jamaika100102−2
Jepun2266103436−2
Jordan2020000
Kenya1010000
Kuwait12228829−21
Lesotho110050+5
Liberia110031+2
Libya3021220
Liechtenstein100101−1
Maghribi210132+1
Myanmar46218178465+19
Nepal6501210+21
New Zealand12228828−20
Korea Utara7133512−7
Oman310224−2
Filipina131111623+59
Qatar503238−5
Arab Saudi8026417−13
Senegal110010+1
Singapura571921178559+26
Korea Selatan551213306193−32
Vietnam Selatan35147146467−3
Sri Lanka7601206+14
Sweden100113−2
Syria110052+3
Thailand85352723125114+11
Turki100103−3
Emiriah Arab Bersatu6204410−6
Uzbekistan5005219−17
Vietnam10424119+2
Yaman320152+3
*Seri termasuk perlawanan kalah mati yang diputuskan melalui tendangan penalti.

 Jadual dan keputusan perlawanan terkini

* Jaringan Malaysia biasanya disenaraikan dahulu
TarikhLawanJaringan*TempatPertandinganPenjaring Malaysia
Januari 6,2010 Emiriah Arab Bersatu0-1 (K)Stadium Sharjah, UAEKelayakan Piala Asia 2011
Februari 27 Yaman1-0 (M)Stadium Nasional, Bukit Jalil, MalaysiaPerlawanan persahabatanBaddrol Goal 55'
Ogos 31Bendera Qatar Al-Jaish1-2 (K)Stadium Al-Wakrah, QatarPerlawanan persahabatan1Fakri Goal 46'
September 3 Oman0-3 (K)Stadium Al-Wakrah, QatarPerlawanan persahabatan
Disember 1 Indonesia1-5 (K)Stadium Bung Karno, IndonesiaPiala Suzuki AFF 2010Norsharul Goal 18'
Disember 4 Thailand0-0 (S)Stadium Bung Karno, IndonesiaPiala Suzuki AFF 2010
Disember 7 Laos5-1 (M)Stadium Gelora Sriwijaya Stadium, IndonesiaPiala Suzuki AFF 2010Amri Goal 4', 41' Hadi Goal 74' Norshahrul Goal 77' Mahali Goal 90+1'
Disember 15 Vietnam2-0 (M)Stadium Nasional, Bukit Jalil, MalaysiaPiala Suzuki AFF 2010Safee Goal 61', 80'
Disember 18 Vietnam0-0 (S)Stadium Nasional My Dinh, VietnamPiala Suzuki AFF 2010
Disember 26 Indonesia3-0 (M)Stadium Nasional, Bukit Jalil, MalaysiaPiala Suzuki AFF 2010Safee Goal 61', 73' Ashaari Goal 68'
Disember 29 Indonesia1-2 (K)Stadium Gelora Bung Karno, IndonesiaPiala Suzuki AFF 2010Safee Goal 54'
Februari 9, 2011 Hong Kong[14]2-0 (M)Stadium Shah Alam, MalaysiaPerlawanan persahabatanSafiq Goal 44' Amirul Hadi Goal 90+1'
Mac 26Bendera Singapura Etoile FC[15]1-1 (S)Stadium Jalan Besar, SingapuraPerlawanan persahabatan1Ahmad Fakri Saarani Goal 7'
Jun 3 Hong Kong1-1 (S)Stadium Siu Sai Wan, Hong KongPerlawanan persahabatanAbdul Hadi Yahya Goal 66'
Jun 18 Myanmar2-0 (M)Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu (H)Perlawanan persahabatanHadi Goal 28' Baddrol Goal 53'
Jun 29 Taipei Cina2-1 (M)Stadium Nasional, Bukit Jalil, MalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2014Safiq Goal 28' Aidil Goal 55'
Julai 3 Taipei Cina2-3 (K)Stadium Perbandaran Taipei, TaipeiKelayakan Piala Dunia FIFA 2014Aidil Goal 8' Safiq Goal 40'
Julai 13Bendera England Arsenal[16]0-4 (K)Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (H)Perlawanan persahabatan1 XI
Julai 16Bendera England Liverpool[17]3-6 (K)Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (H)Perlawanan persahabatan1 XISafiq Goal 43' Safee Goal 80' Safee Goal 82'
Julai 23 Singapura3-5 (K)Stadium Jalan Besar, Jalan Besar (A)Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014Safee Goal 1,70' Abdul Hadi Goal 68'
Julai 28 Singapura1-1 (S)Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (H)Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014Safee Goal 57'

 Perincian perlawanan


  • 1 Perlawanan antarabangsa yang tidak diiktiraf oleh FIFA
  • XI Malaysia menggunakan pemilihan para pemain dari Liga Super Malaysia, menggunakan nama Malaysia XI

Skuad

 Skuad terkini

23 pemain berikut telah dipanggil untuk Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 (AFC) menentang Taipei Cina
Kaps dan gol sehingga Jun 18, 2011. Ini termasuklah perlawanan menentang Myanmar
No.Pos.PemainDoB (Umur)CapsGolKelab
GKKhairul Fahmi Che Mat7 Januari 1989 (umur 22)80Bendera Malaysia Kelantan FA
GKMohd Nasril Nourdin17 April 1986 (umur 25)00Bendera Malaysia Perak FA
GKMohd Sharbinee Allawee Ramli7 Disember 1986 (umur 24)50Bendera Malaysia Terengganu FA
DFMohd Muslim Ahmad25 April 1989 (umur 22)150Bendera Malaysia Harimau Muda A
DFMohd Fadhli Mohd Shas21 Januari 1991 (umur 20)80Bendera Malaysia Harimau Muda A
DFMahali Jasuli2 April 1989 (umur 22)121Bendera Malaysia Harimau Muda A
DFMohd Farisham Ismail5 Januari 1985 (umur 26)10Bendera Malaysia Kelantan FA
DFMohd Aidil Zafuan Abdul Radzak3 Ogos 1987 (umur 24)311Bendera Malaysia Negeri Sembilan FA
DFMohd Asraruddin Putra Omar8 Februari 1987 (umur 24)210Bendera Malaysia Selangor
DFMohd Helmi Remeli24 Mac 1985 (umur 26)20Bendera Malaysia Terengganu FA
MFK. Gurusamy20 November 1988 (umur 23)30Bendera Malaysia Harimau Muda A
MFAmar Rohidan23 April 1987 (umur 24)150Bendera Malaysia Kedah FA
MFS. Chanturu14 Disember 1987 (umur 23)20Bendera Malaysia Kelantan FA
MFMohd Shakir Shaari29 September 1986 (umur 25)10Bendera Malaysia Kelantan FA
MFS. Kunanlan15 September 1986 (umur 25)180Bendera Malaysia Negeri Sembilan FA
MFMohd Safiq Rahim Captain sports.svg5 Julai 1987 (umur 24)201Bendera Malaysia Selangor
MFMohd Amirul Hadi Zainal27 Mei 1986 (umur 25)257Bendera Malaysia Selangor FA
MFMohd Ashaari Shamsuddin7 Jun 1985 (umur 26)143Bendera Malaysia Terengganu FA
MFBaddrol Bakhtiar1 Februari 1988 (umur 23)103Bendera Malaysia Kedah FA
FWNorshahrul Idlan Talaha8 Jun 1986 (umur 25)193Bendera Malaysia Kelantan FA
FWAhmad Fakri Saarani8 Julai 1989 (umur 22)110Bendera Malaysia Negeri Sembilan FA
FWMohd Safee Mohd Sali29 Januari 1984 (umur 27)2813Bendera Indonesia Pelita Jaya
FWAbdul Hadi Yahya6 Mac 1985 (umur 26)21Bendera Malaysia Terengganu FA

 Panggilan kebangsaan terkini

Pemain-pemain berikut telah dipanggil ke dalam skuad Malaysia.
Pos.PemainTarikh lahir (Tahun)KapsGolKelabPanggilan terakhir
GKMohd Nasril Nourdin17 April 1986 (umur 25)00Bendera Malaysia PerakInternational Friendly v Hong Kong 3 June 2011
DFMuhd Shahrom Abdul Kalam15 September 1985 (umur 26)10Bendera Malaysia Kuala LumpurInternational Friendly v Hong Kong 3 June 2011
DFMohd Nasriq Baharom26 Mac 1988 (umur 23)40Bendera Malaysia SelangorInternational Friendly v Hong Kong 3 June 2011
MFAzidan Sarudin31 Mei 1986 (umur 25)00Bendera Malaysia SelangorInternational Friendly v Hong Kong 3 June 2011
MFIsmail Faruqi Asha'ri5 Oktober 1986 (umur 25)00Bendera Malaysia TerengganuInternational Friendly v Hong Kong 3 June 2011

Skuad lalu


<><>

Kejohanan Bola Sepak ASEAN

Piala Asia AFC

Sukan Asia Tenggara
Sukan Olimpik

 Bekas pemain

1950-1960-an

  1970-1980-an

      1980-1990-an

          1990-2000

   2000-an

  • [[]]
safee sali

 Jurulatih pasukan Malaysia

MasaJurulatihP*MSKJB% Menang
20 April 2009 - (Sekarang)Bendera Malaysia K. Rajagopal143561218
21.42 %
29 Ogos 2007 - 1 Februari 2009Bendera Malaysia B. Sathianathan145452924
35.71%
November 2005 - Julai 2007Bendera Malaysia Norizan Bakar1936102229
15.78%
Ogos 2004 - September 2005Bendera Hungary Bertalan Bicskei125071523
41.6%
Februari - Mac 2004Bendera Malaysia K. Rajagopal (Sementara)300319
0%
Januari 2001 - Julai 2004Bendera England Allan Harris3088144353
26.6%
Oktober 1998 - Disember 2000Bendera Malaysia Abdul Rahman Ibrahim32174116145
53.1%
Ogos 1998Bendera Tunisia Hatem Soussi (Jurulatih Piala Tiger 1998)301203
0%
Januari 1996 - Oktober 1997Bendera Malaysia Wan Jamak Wan Hassan
Julai 1995Bendera Tunisia Hatem Soussi (Pestabola Merdeka)
Februari 1994 - Disember 1995Bendera Perancis Claude LeRoy
Januari 1992 - Ogos 1993Bendera Australia Ken Worden
Januari - Disember 1991Bendera Malaysia Rahim Abdullah
September 1990Bendera Malaysia Ahmad Shafie
1989Bendera England Trevor Hartley
1988Bendera Malaysia M. Chandran
1988Bendera England Richard Bate
1987Bendera Malaysia Abdul Rahman Ibrahim (Sukan SEA)
1986-1987Bendera Slovakia Jozef Venglos
1985-1986Bendera Malaysia Mohamad Bakar
1983-1985Bendera England Frank Lord
1982-1983Bendera Malaysia M. Chandran
1981Bendera Malaysia M. Kuppan (Piala Presiden Korea)
1981Bendera Malaysia Jalil Che Din (Pestabola Merdeka)
1980Bendera Malaysia Mohamad Che Su (Pestabola Merdeka)
1980-1982Bendera Jerman Karl Heinz Weigang
1978Bendera Malaysia Chow Kwai Lam
1973-1977Bendera Malaysia M. Kuppan
1972Bendera Malaysia Jalil Che Din
1970-1971Bendera England Bendera Australia Dave McLaren
Bendera England Harold Hassall
1969Bendera Malaysia Abdul Ghani Minhat (Sementara)
Bendera Malaysia Peter Velappan
Bendera Malaysia C. De Silva
Bendera Jerman Barat Otto Westphal
Bendera Singapura Choo Seng Quee
Bendera Malaysia Edwin Dutton
Bendera Persekutuan MalayaBendera Malaysia Neoh Boon Hean
* Hanya melibatkan perlawanan bertaraf FIFA 'A'

*******************TAMAT
Terima Kasih Kerana Melihat Info Ini*******************************^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan